KEDAI ONLINE

>> Sunday, February 2, 2014

Pheweeeett...Salam Semua. Tajuk kali ni macam serius je. Haaa..Memang serius pon. Apa yang menarik sangat pasal tajuk ni haa..Sekarang kalau buka Facebook bukan main lagi masing-masing nak promote barang jualan. Menarik tu..Boleh gak dapat dapat duit daripada dapat dosa kering mengumpat sana sini.

Ada baik buruk juga pasal berniaga cara online ni.

Yang Baik:
1. Peniaga tak perlu sewa kedai. So harga barang yang dijual tu takda la mahal macam kat Pavilion ker...Midvalley ker and lain-lain tempat lagi kecuali pasar malam.

2. Pembeli tak perlu nak membazir minyak nak tempuh jalan jem bagai.

3. Pembeli tak perlu nak bazir masa pusing-pusing cari parking. Korang rasa la sendiri cari parking kat Midvalley tu time hujung minggu. Dekat nak setengah tank minyak habis beb pusing-pusing. hahaa..

4. Lain-lain korang pikir la sendiri

Yang Buruk Pulak:
1. Bukan semua orang jujur. Yelaa..Kalau beli online kena la bayar dulu kan baru dapat barang.Naa..Cuba bayangkan kalau peniaga tu tak jujur. tak ke melayang duit yang korang bankin tu..

2. Saiz..Kalau pergi kedai boleh jugak nak try dulu sebelum beli. Tapi kalu beli online nak try celah mana?

3. Menunggu..Kalau beli kat kedai boleh terus pakai.Kalau beli online korang tunggu la beberapa hari. Kalau korang sabar boleh laa..Jangan pulak tunggu punya tunggu barang tak sampai-sampai.

4. lain-lain pikir la sendiri

Walau apa pun semuanya terserah pada kamu..wife aku pon dan berjinak berniaga kat tenet ni. Happy jugak aku tengok dia layan pelanggan. Murah rezki dia. Harap-harap rezki tu tak putus. Aminnn...Yelaa.Rezki ni 9/10 daripada berniaga. Kena berdoa..kena bertawakal..kena banyak bersedekah. Baru la rezki datang melimpah. Apa-apa pon aku nak ucapkan selamat berniaga kat korang semua yang ada kedai online ni. Moga rezki korang melimpah-limpah.

Sambil-sambil tu aku nak ambik kesempatan ni bantu wife berniaga..Promote barang dia kat sini pon jadi daripada takde.Mana tau rezki kan. Ni haa gambar-gambar tudung yang dia jual...

Boleh contact dia kat enpon: 019-4718646
Facebook: Mikaylahijab


Read more...

Adap Ziarah Kubur

>> Saturday, August 10, 2013

Belum terlambat rasanya aku nak ucapkan salam hari raya kat sini.Macam la ada orang nak baca post ni.Puiii..Lantak la.Apa-apa pun tahniahla kat korang semua yang dah sebulan tahan nafsu makan dan syahwat.hehe..

Okie.Balik pada tajuk asal.Ni nak cerita pasal adap time ziarah kubur.Tak kira la korang ni bangsa apa..Melayu,Cina,India,Iban,Bidayuh,Irish ka.Tiap kaum ada adat sendiri betoi tak.Aku nak cakap pasal adap ni pon buka pandai sangat.Tapi ada sikit benda yang menyakitkan mata aku masa aku ziarah kubur pagi tadi.Yang aku anggap orang tak beradap..

1.Gelak terbahak-bahak di tanah perkuburan.Korang ingat sket..Korang tu manusia.Bukan jembalang nak mengilai kat kubur ni.Orang sibuk baca yasin korang bergurau ntah apa-apa.Memekak je bongok.

2. Usha awek.Kalu niat datang kubur nak usha awek baik tak payah.Korang pergi je mana-mana shoping complex.Kat sana banyak awek indon.Pergi la usha..puiii.Sunat pon tak kering lagi ada ati usha awek.Orang dalam kubur pon meluat tengok korang tau tak.

3. Pakai Seksi.Ciss..Ni orang zaman mana aku tak tau.Pakai baju tak cukup sifat ka apa.Ni tanah perkuburan tau ka.Bukan pentas peragaan.Kang orang dalam kubur tu skodeng korang baru korang tau.Khas buat awek..Pliz sopan sikit k.Kang aku tarik jugak kain korang biar bogel terus.Dah tau pakai kebaya jarang tu pakai la tube sekali.Sengal..Tak ada masa aku nak tengok tetek korang.Aku nak fokus baca yasin tau ka.Mengganggu..

4. Ambil Gambar.Kalu nak amik gambar tu korang ambik la.Aku pon amik gambar juga.Tapi kalu korang bersusun macam nak ambik gambar kelas zaman sekolah dulu naya la kat orang dalam tanah tu.Ikot korang je nak pijak-pijak kubur dorang.

5. Cukup la tu.Meluat aku nak cerita banyak-banyak.
Adios.Salam hari raya.Maaf zahir batin jika teguran ni terlalu kasar.Ini la gaya aku dari dulu samlai sekarang.TQ


Read more...

Blog under maintenance..!!

>> Saturday, August 20, 2011


Yehuu..!!

Salam geng..Blog lama hancur musnah dah.Huhuu..Nasib baik la ada backup.Skarang tengah usaha balik nak bagi chantek la ni.

Ada cadangan camne nak bagi chantek?

Read more...

Handphone Letaknya di Kaki

>> Saturday, April 9, 2011


Yehuu..Selamat berhujung minggu.Kali ni nak membebel pasal enpon plak.Hurmm..Dah nama pon HANDphone.Mesti la letak kat tangan kan.Kalu tak pon letak la kat tempat yang boleh dicapai oleh tangan.Dalam poket ke..beg tangan ke.Betol tak..?

Walaupon enpon ni kebanyakan orang dah tau letaknya berhampiran ngan tangan tapi ada gak sesetengah manusia yang ganjil perangainya.Enpon pon dia nak buat cam telipon rumah.Letak atas meja nun jaoh dari tuan.Ada gak yang letak nun jaoh kat dapur padahal diri sendiri kat ruang tamu.Tak ke menyusahkan bagi orang yang nak mengeKOL.Hurmm..Kalu ringtone kuat cam bunyi kapal tak pe la.

Sebagai kesimpulannya..korang simpul la sendiri.Hahaa..

Read more...

Facebook a.k.a FB

>> Friday, April 8, 2011


Toink..Toink..Toink~

Facebook..Teringat mula-mula dulu betapa kunonya aku tak kenal menatang ni.Hahaa..Kalu tak silap 1st aku wat FB time taun 2007.Time tu aku baja kat UUM lagi.Time tu buka akaun reti tapi nak guna plak tak reti.Adoiyaii..Kuno gila la.Dah serupa ngan manusia zaman batu plak aku rasa.hurmm...

Taun 2007 tu aku bergiat aktif ngan Friendster jek.Sebab tu la aku tak layan sangat FB ni.Pas usha-usha sendiri (malu nak tanya) baru la aku reti nak guna.Rupanya best dari Friendster rupanya menda alah ni.Hahaa..Siap ada chat lagi.Tu la pengalaman pertama aku ngan FB.

Orang kata setiap benda ada baik buruknya.Camtu jugak la ngan FB ni..Bagi aku FB ni takda pon yang tak baik.Manusia je yang buat keja tak baik guna FB ni.Ada yang nipu la,ada yang skandal-skandal la.Macam-macam lagi la aku dengar.Sampai dalam news pon aku ada terbaca pasal skandal suami or isteri orang guna FB ni.

Pandai-pandai korang la guna benda alah tu.Dah cukup baik dah mamat yang cipta menatang FB ni untuk korang.Guna la sebaik mungkin.Bagi yang skandal-skandal guna FB tu korang fikir-fikir balik la apa yang korang buat.

Aku skarang dah tutup dah akaun FB.Cukup la aku buang masa guna Blogspot jek.Hehee..Lagi best.Boleh taip sepanjang mana yang aku mau.Kan..Kan..Kan..Apa-apa pon aku akan merindui kawan-kawan kat FB.Nanti kalu aku dah ada banyak masa baru aku buka balik akaun FB aku tu.Skarang masih BZ.Jadi aku layan Blogspot je la..

Adios..

Read more...

Mana Gaji Aku..??

>> Monday, February 28, 2011


Toink..toink..toink~

Kekecewaan dalam kegembiraan.Huhuu + Hahaa..Apa ka?Gilaaaa...!!

Ni la apa yang aku rasa skarang.Kecewa coz tak dapat gaji pas berhempas pulas kerja.Gumbira plak bila dapat kerja baru.Gaji pon kira mantap gak la.

Cerita dia camni.Chehhh..!!bajet ada orang sudi jek nak dengar.Lantak laa..Camni cerita dia.Aku kerja kat 1 company ni baru Januari lepas.Merasa gak la gaji untuk Januari..Tetiba plak dapat kol dari 1 agensi GOMEN pada 14 Februari cakap aku dapat tawaran jawatan best ni.Jadi aku terpaksa la buat 24jam notis berenti.

19 Februari 2011 sah aku letak jawatan kat company tu.Bayangkan...!!19 ari tu aku kerja tanpa sebarang hasel..!!kan ke saket ati.Tak la saket ati sangat.Kecewa je pon..Penalti sebulan gaji untuk ganti sebulan notis.Kalu aku bagi sebulan notis baru la dapat sebulan gaji.Camtu ke wei..??Aku pon kurang waras gak dah ni.Huhuu..

Malas la nak tules lagi.Mengomel pon bukan dapat gak duet tu..Sia-sia jugak la aku OT sampai 20 lebeh jam.Haram tak merasa hasel..!!

Adios geng.Jumpa lagi dalam 9 bulan akan datang

Read more...

Aku Serik Jogging Pagi..!!

>> Saturday, February 26, 2011

::Gambar Hiasan::

Toink..toink..toink~

Jogging..!!Haa..tu la aktiviti aku skarang ni tiap-tiap pagi & petang.Kadang-kadang petang je pon.Paham-paham je la kalu pagi.Kalu dah terbabas tido tu memang tak sempat dah jumpa pagi.Huhh..

Lagi pon aku memang malas sket kalu aktiviti pagi ni.bukan apa beb..perot aku ni cam otometik jek sakit bila pagi.Asal pagi je nak memberakkan diri.Haihh..Asal berak je mesti hari dah pagi.

Nak dijadikan cerita.Chewahh..pagi semalam punya semalam aku jogging time pagi.Al-maklum la.Bakal penjawat berpakaian seragam la katakan.Hahaa..mesti mau stamina lebih.sedap-sedap jogging..Agak jaoh jugak la aku dah lari time tu.Tetiba lak perut memulas.Tak boleh tahan dah beb..

Akibat sakit yang amat dahsyat aku pon menggunakan teknik mengemut untuk menahan beliau daripada terkeluar.Argghh..!!Gila ko nak tahan berak.Azab yang amat..Dah la jaoh plak tu nak sampai rumah.Agak-agak 2KM la lebih kurang.Bayangkan..Nak belari takot terberak!!nak jalan plak takot tak sempat sampai umah.Huaaaa......!!

Dengan menggunakan teknik mengemut aku usaha jugak tahan.Puas beb berdoa minta ditangguhkan dulu niat nak berak tu.Alhamdulillah..Makbul jugak doa aku.Sempat gak aku sampai umah.

Sekian sahaja cerita untuk kali ini.hehee..

Read more...

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP