Mana Gaji Aku..??

>> Monday, February 28, 2011


Toink..toink..toink~

Kekecewaan dalam kegembiraan.Huhuu + Hahaa..Apa ka?Gilaaaa...!!

Ni la apa yang aku rasa skarang.Kecewa coz tak dapat gaji pas berhempas pulas kerja.Gumbira plak bila dapat kerja baru.Gaji pon kira mantap gak la.

Cerita dia camni.Chehhh..!!bajet ada orang sudi jek nak dengar.Lantak laa..Camni cerita dia.Aku kerja kat 1 company ni baru Januari lepas.Merasa gak la gaji untuk Januari..Tetiba plak dapat kol dari 1 agensi GOMEN pada 14 Februari cakap aku dapat tawaran jawatan best ni.Jadi aku terpaksa la buat 24jam notis berenti.

19 Februari 2011 sah aku letak jawatan kat company tu.Bayangkan...!!19 ari tu aku kerja tanpa sebarang hasel..!!kan ke saket ati.Tak la saket ati sangat.Kecewa je pon..Penalti sebulan gaji untuk ganti sebulan notis.Kalu aku bagi sebulan notis baru la dapat sebulan gaji.Camtu ke wei..??Aku pon kurang waras gak dah ni.Huhuu..

Malas la nak tules lagi.Mengomel pon bukan dapat gak duet tu..Sia-sia jugak la aku OT sampai 20 lebeh jam.Haram tak merasa hasel..!!

Adios geng.Jumpa lagi dalam 9 bulan akan datang

Read more...

Aku Serik Jogging Pagi..!!

>> Saturday, February 26, 2011

::Gambar Hiasan::

Toink..toink..toink~

Jogging..!!Haa..tu la aktiviti aku skarang ni tiap-tiap pagi & petang.Kadang-kadang petang je pon.Paham-paham je la kalu pagi.Kalu dah terbabas tido tu memang tak sempat dah jumpa pagi.Huhh..

Lagi pon aku memang malas sket kalu aktiviti pagi ni.bukan apa beb..perot aku ni cam otometik jek sakit bila pagi.Asal pagi je nak memberakkan diri.Haihh..Asal berak je mesti hari dah pagi.

Nak dijadikan cerita.Chewahh..pagi semalam punya semalam aku jogging time pagi.Al-maklum la.Bakal penjawat berpakaian seragam la katakan.Hahaa..mesti mau stamina lebih.sedap-sedap jogging..Agak jaoh jugak la aku dah lari time tu.Tetiba lak perut memulas.Tak boleh tahan dah beb..

Akibat sakit yang amat dahsyat aku pon menggunakan teknik mengemut untuk menahan beliau daripada terkeluar.Argghh..!!Gila ko nak tahan berak.Azab yang amat..Dah la jaoh plak tu nak sampai rumah.Agak-agak 2KM la lebih kurang.Bayangkan..Nak belari takot terberak!!nak jalan plak takot tak sempat sampai umah.Huaaaa......!!

Dengan menggunakan teknik mengemut aku usaha jugak tahan.Puas beb berdoa minta ditangguhkan dulu niat nak berak tu.Alhamdulillah..Makbul jugak doa aku.Sempat gak aku sampai umah.

Sekian sahaja cerita untuk kali ini.hehee..

Read more...

Aku Orang Gomen.Lalalaa~

>> Wednesday, February 23, 2011

Toink..toink..toink~

NAMA : KACHANG_DEWA
NO. KAD PENGENALAN : 861004-52-****
ALAMAT :http://kachangdewa.blogspot.com


Tuan/Puan,

TAWARAN PELANTIKAN SEBAGAI POWER RANGERS MERAH

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pelantikan dan Kenaikan Pangkat yang ditubuhkan di bawah Butiran (**) Surat Cara Pewakilan, Fungsi-Fungsi, Kuasa-Kuasa, Tugas-Tugas dan Tanggungjawab-Tanggungjawab Tertentu, Suruhanjaya Pasukan POWER RANGERS mengikut blaa..blaa..blaa

2. Anda adalah ditawarkan pelantikan ke jawatan berikut:

2.1 Nama Jawatan: Power Rangers Merah
2.2 Taraf Jawatan: Tetap
2.3 Klasifikasi : Perkhidmatan POWER RANGERS
2.4 Kump. Pkdmtn: Pengurusan dan Profesional

Blaa..blaa..blaa..

Oyeahh...!!Syukur Alhamdulillah.Dapat gak aku kerja tetap nih.Sebelom ni aku kontrek jek.Abis kontrek sibuk la nak cari keja lain.Ni dah dapat jawatan best jadi kira ni la kerjaya terakhir aku..nanti dah pencen baru tukar kerjaya.hehee..

Adioss.Sukur ya ALLAH..
Entri last la ni mungkin.Nanti dah lepas 9bulan baru ada masa nak nules lagi

Read more...

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP