TEMUDUGA TERBUKA!!!
>> Friday, January 15, 2010
TEMUDUGA TERBUKA!!!
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput
yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada
bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada
orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.
Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah
sama2lah kita saling ingat mengingati bersama.hehee..salam
adioss..
4 comments:
salam..
bro,very the insaf aku baca artical simple tapi penuh bermakna ni..
thank a lot k..
yeahh..menulis smbl bdakwah.thx gak kt penulis ori.aku copy sb nk kongsi ngan kwn2..
Ohhhhh...ko copy paste ek maklumat tu..ingtkn ko buat sndri ayat mcm tu..
tak salah amek mklmt..dont copy2 sudah..huahuahau..
pape pown,tq la ek..
aku suggest ko wat la pasal artis luar dan dlm negara ..
tak pown ko wat la pasal orng tak terfikir pon nak wat..
cth,wat la "...pak pandir alaf baru.." or "...di sebalik citer 2012....."..dan macam2 lagi la...huhuhu
nak baca dongeng n cita merapu ko g kt blog http://tintaberdarah.blogspot.com.kt ctu ada cita yg blh relax otak.pasal artis?nanti2 la..mngkn ada blog baru pasni khas wat bnda tu.pasal disbalik tabir tu mls la plak..cerita baru byk sgt.takot xsmpt nk update.apa kata aku suggest kt ko buat.hahaa..mst gempak pnye
Post a Comment