Al-Fatihah..Mejar Zulrihan Jusoh Tekorban

>> Thursday, March 25, 2010

Al-Fatihah..Mejar Zulrihan Jusoh telah terkorban apabila pesawat latihan jenis Pilatus PC-7 yang diterbangkannya jatuh semasa lintas hormat perasmian konvokesyen UUM yang ke brapa ntah..Majlis Konvokesyen aku tu beb.huhuu..Kesian betol.

Aku nak cakap banyak pon tak reti coz aku takde kat tempat kejadian.Tapi pas aku tengok vdeo time dia jatoh tu seram plak aku ghase.Huhuu..Apa-apa pon korang tengok je la vdeo saat-saat akhir sebelom kapal terbang tu jatoh.



*Sama-sama la kita sedekah Al-Fatihah & bertafakur untuk pilot ni



Read more...

Top Blogger 2010 Award?Top ke..



Oyehh bebeh..Gua dapat award lagi.Yehuuu..Walaupon tak brapa nak pemez tapi tiga award dah beb orang bagi.Haha..Blagak gila.Orang lain dah belambak-lambak dah award.Aritu gua dapat Beautiful Blogger Award..Kali ni dapat dapat TOP BLOGGER 2010 AWARD plak.Top ke gua?Hahaa..Lantak la.Orang dah bagi gua amik je.Kalu tak bagi gua datang mintak.Erkk..Buat muka tak malu mintak kat orang.Miahaha..


Nak tengok Award tu tak?Naa..Tengok kat bawah ni.Memang Top beb..Dun wuri.Pasni gua kasik kat korang jugak k.Jangan gado-gado..







Ni la award tersebut..Terima kaseh bebanyak.Dua orang beb yang kasi award ni kat gua.Nak tau sapa..Tengok nama kat bawah.Gua cerita sket tentang dorang.Sket je k..Kalu banyak sangat nanti dah macam esei skolah plak.



  1. RutiKeben: Merupakan seorang blogger dari SARAWAK.Tapi kat ceruk mana tu gua tak brapa nak pasti la.Area Sri Aman kot..Peminat tegar CHELSEA.Erkk..yeke bro?bukan LIVERPOOL ke?Hahaa..saja nak bikin panas ngan lu.Memiliki hobi yang sama ngan gua iaitu MAKAN & TIDO.Lain-lain korang skodeng kat blog dia k.Kalu cerita smua sini nanti korang tak jengok blog dia plak.
  2. Lovillea: Identiti masih samar-samar & masih dalam proses suai kenal.Huhuu..Tapi blog dia smart jugak beb.Ijau je..Tenang,aman,damai kalu lepak kat blog tu..Dah ghase kat taman bunga.Wahhh..korang skodeng la sendiri kalu tak caya.


Cam biasa..Mesti ada syarat kalu dah amik award ni.Tapi simple je beb..Tak nyusahkan pon.

  1. Thank & Link the person that gave you the AWARD.
  2. Pass this AWARD onto #12 BLOGGERS.
  3. Contact said BLOGS and let them know they've won the AWARD.


Orait..Panjang lebar dah cakap.So skarang gua nak bagi award ni kat 12 bloggers lain plak.Antara yang bertuah ialah..Jeng..Jeng..Jeng.

  1. ...............................
  2. ...............................
  3. ...............................
  4. ...............................
  5. ...............................
  6. ...............................
  7. ...............................
  8. ...............................
  9. ...............................
  10. ...............................
  11. ...............................
  12. ...............................
Haaa..Napa takde nama lak ni?Adoi....Kalu camtu korang semua amik je la AWARD ni k.Selepas je korang baca entry ni dengan OTOMETIK korang dapat AWARD ni.Amacam..Best tak.Hahaa..Bukan apa beb.Nanti ada yang kecik ati plak kalu gua tak letak nama dorang.Lagipon gua dah nak terbang g KEDAH malam ni.Barang apa pon tak kemas lagi..Korang amik k.Salam..



Read more...

Tragedi Zaman Sekolah

>> Monday, March 22, 2010

*sent off..?kena halau la beb.huhuu..*



Yehuuu..Isnin dah pon menjelma.Skolah pon dah bermula jugak pas seminggu bercuti.Kepada yang maseh skolah tu slamat berskolah.Kat chekgu-chekgu pon sama..Ntah-ntah chekgu yang lebih-lebih cuti sakan daripada student.hahaa..



Tringat plak zaman jadi kanak-kanak riang dulu.Walaupon aku ni pemalas tahap ular sawa kekenyangan tapi aku tak ponteng skolah beb.Aku dah anggap skolah tu cam taman permainan dah.Miahahaa..Kalu monteng duk umah boring gak kan.Kalu g skolah boleh gak skodeng-skodeng awek.



Banyak kejadian yang tak boleh bla blaku kat aku time skolah-skolah dulu.Skolah aku ni lain sket beb..Kalu nak denda budak bukan cam denda yang biasa-biasa.Sebat-sebat ni tak main dah.Punggung budak-budak dah kebal cam kulit BIAWAK.So..Chekgu yang bijak pandai ni carik la cara lain.Denda yang tak menyakitkan tapi terlalu amat sangat memalukan.huhuu..



Aku ni bukan baik sangat pon.Nak kata nakal sangat pon tak jugak..So aku ni slalu gak la terkena dendaan yang ntah apa-apa ni.Cuci tandas la..Buat lawatan kelas ke kelas sambil kutip sampah la.Malu beb..Serik dah ghase.



Pernah dulu aku gagal kertas GEOGRAFI time exam bulanan.Tu pon nak denda jugak..hampeh tol.Suroh g klua kelas..Ngadap block kelas lain.Nyanyi lagu yang mana ingat 1 & pastu ikrar tak kan gagal lagi.Haishhhh..ntah apa-apa.Tapi takpe beb..pas kejadian tu aku tak pernah gagal dah GEOGRAFI..Dapat A tau STPM.hahaa..Kawan aku plak sampai brenti skolah malu.Haram tol..



Time kat U pon aku pernah termalu beb.Kena halau dari kelas..Gila baban malu.kes kecik je pon..Kes aku simpan rambut panjang sket jek.Kena warning dah sebelom tu..aku tabur la janji manis cakap nanti aku potong.Last-last tak potong jugak..Amik ko kena halau.huhu..Naseb la ada teman lain yang seangkatan.Takde la malu sangat.Pastu aku mrajuk..trus potong rambut pendek cam kat HEADER tu.



Kalu nak cerita semua memang tak kan habes beb kenangan-kenangan lalu ni.Korang pon mesti ada jugak kan kenangan camni.Kalu ada budak skolah yang baca entry ni korang amik la jadi pengajaran k.Jangan biar diri anda dipermalukan camni.Jatoh saham beb..Chekgu plak cari la denda lain yang lebih cool.haha..Kang ramai pulak budak brenti skolah sebab termalu.erkk..takde kot.tak kan la trus nak brenti.kan..kan..kan


Apa-apa pon aku nak berterima kaseh banyak-banyak kat semua chekgu aku dari Tadika,Skolah Rendah,Skolah Menengah & Tenaga Pengajar kat UUM.Jasa korang akan ku kenang..Makaseh bebanyak.Sebab korang la aku jadi manusia..Doa aku dapat keja je pasni k.Amin..Target 2 bulan pas CONVO dapat kerja.Harap-harap murah rezki.huhuu..SALAM.



Read more...

Akademi Fantasia 8 Vs EPL (Chelsea)

>> Friday, March 19, 2010



Vs





Huaaaa....!!korang pon tau dah kan AF8 dah start.Ni mungkin saat-saat yang dinanti oleh peminat setia rancangan nih.Tapi ingat beb..bukan semua orang nanti-nantikan saat nih.Terutama skali kaki bola cam aku.Sedeh beb bila sorang kaki bola lawan ngan 5 peminat setia AF kat umah ni.Sah-sah la kalah kalu ikot majoriti.


Nak kata aku benci AF ni takde la benci.Nak kata suka pon tidak..Kalu dah adek aku bukak aku layan je la.Nak wat camne..Ayah aku pacak 1 je kuali ASTRO.Ayah aku takpe la..pas training RUGBY hujung minggu trus melekat kat warung nengok bola ramai-ramai.Yang aku kat umah ni apa kes..Melepas la kalu ada game best.huhuu..


Napa la ASTRO tak buat siang je AF ni.hahaa..Buat la kelainan sket untuk musim ni.Mesti gempak kan.Orang kat MALAYSIA ni kan suka benda yang lain daripada yang lain.Adek aku tak kesah pon kalu buat siang(yeker..?)..Aku lagi la suka.haha..Korang plak camne?Kesian la beb ngan kami kaki bola ni.


Kadang-kadang takmo ngalah jugak kalu CHELSEA men malam konsert tu.Aku suroh dorang tengok ulangan jek esok.miahaha..kena kejam sket beb.Baru boleh kalahkan majoriti.Apa-apa pon aku terima je nanti MAJORITI menang ke AKU yang menang.huhh..







Awek AF yang gua rasa paling cun.ahakzz..











Read more...

Beautiful Blogger Award..??

>> Thursday, March 18, 2010


Yehuu..!!Kachang dapat award beb.Tetiba lak dapat award.Hahaa..Beautiful Blogger Award plak tu.Thanks sesangat kat Alinotnot.Terharu beb dapat award dari ko..Terharu gaya lelaki la.Takde nak leleh-leleh air mata.Ahakzz..Thx jugak kat Ain Awang & nareiQa coz bagi award nih kat Kachang.

Korang tau ke sapa Alinotnot nih?Ni la antara pengomen setia blog usang aku nih.Makaseh bebanyak beb..Kalu ada award lain,ingat-ingat la kat aku k.Pastu aku puji ko lagi bia sampai terbang bila ko baca.Identiti Ain Awang & nareiQa plak masih belum dikenalpasti.huhuu..Apa-apa pon makaseh lagi kat korang bertiga.

Bukan stakat award je dorang bagi kat aku..Siap syarat lagi.haha..tapi takpe.Benda kecik je..Syarat tu pon akan terpelanting kat korang yang akan menerima award nih.Saksikan....

Here are the rules to accept the award: (copy & paste jek)
1. Thank & link the person that gave you the award.
2. Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
3. Contact the bloggers and let them know they've won the award.
4.State 7 things about yourself

7 Things about si kaChaNG_dEwa:

  • Peminat setia CHELSEA walaupon ada masa dorang men tak best
  • Penchenta wanita..Bukan GAY.miahaha..perlu ke cakap?
  • Menjadikan MAKAN sebagai hobi pertama dan diekoti oleh TIDO
  • Tak perasan kebanyakan hartanya bewarna ITAM & PUTEH
  • Membizikan diri mencari kerja buat masa sekarang
  • Duit adalah sasaran utama..Wat biz sket ngan makwe
  • Menjadikan blog ni sebagai kekaseh kedua.huhu..
I'm gonna pass the award to..


stakat ni je la.huhu..line slow plak


TAMAT

Read more...

Nuffnang Kembali..!!Masalah Selesai

>> Wednesday, March 17, 2010

Yehuuu..Akhirnya masalah NUFFNANG aku dah selesai.Alhamdulullah..Dapat gak aku nengok ads nuff ni walaupun dia tengah tido skarang.hahaa..Tak macam dulu.Nuff tido pon aku tak nampak jugak.Cam ghaib je..Saja nak main sorok-sorok ngan aku.Huhuu..klik SINI kalu nak baca entry meroyan pasal masalah tu.Bagi yang belom baca laa..yang dah baca takpe.



Apa-apa pon thx banyak-banyak kat Deco & Shanashaida atas bantuan and cadangan korang.Thx jugak kat korang yang sudi komen k.Makaseh banyak-banyak..Sebelom stop nulis korang tengok gambar kat bawah ni.Gambar time nuff ilang & pas dia muncul balik.Pandai lak dia men cak-cak.Bukan saja-saja nak meroyan beb..Ada bukti.





Nuff ghaib..!!





Nampak balik dah.huhu..











Read more...

Chelsea Out

*Sila klik untuk mendapatkan gambar yang besar & sehat*



Huaaaaa...Ni la bahana yang aku dapat pas kutok team orang.huhu..Last-last kena balik.Siap tukar nama team kesayangan aku lagi tuh.Hukk..hukk.Bukan sengaja pon aku nak kutok team dorang.Aku silap taip sket je nama team kegilaan dorang.Sedeyh beb..Dah la kalah malam tadi ngan Inter Milan.Pastu kena bahan lagi..



Kesilapan kecik je pon yang aku buat.Silap taip je..Napa team kesayanganku diperdajalkan sebegini rupa.huhuhu..



*Peringatan kat korang semua..Jangan ulangi kesilapan yang aku buat.Nanti kena bahan..



Liverpool..aku silap eja.liverFOOL..bukan sengaja pon.huhu..Arsenal..arSENGAL.Ni pon bukan aku sengaja beb.Dah aku tak kenal nama team tu..nak wat camne.Apa-apa pon..CHELSEA selamanya.Yeahhh..





*gurauan biasa time nengok bola..jangan marah-marah plak.kalu tak boleh gurau men la ping pong.Hahaa..*

Read more...

Muhamad Adam Haikal Jalil

>> Tuesday, March 16, 2010



Biodata:

Muhamad Adam Haikal Jalil,6 tahun



Kes:

Hilang kira-kira 6 petang, 13 Mac 2010.

ketinggian kira-kira empat kaki (1meter lebih)

berkulit cerah, berambut pendek

parut di dahi dan lenggan kanannya.

baju biru lengan merah,seluar jeans panjang, berselipar

Lokasi terakhir:

Blok 98-03-01 Flat Sri Kota,

56000 Bandar Tun Razak

Kuala Lumpur





Perhatian..!!Korang pernah tengok gambar ni?Pernah dengar kes ni?Korang nak ke kalu keluaraga terdekat korang jadi cam budak ni?waaaaahh..banyak giler soklan.Bajet cam korang jawab je.hahaa..



Ni syukur la budak tu dah jumpa balik..Kalu tak jumpa balik camne?Kalu jumpa pon tapi jasad je yang ada apa guna?Tengok cam kes Nurin Jazlin..Cakap banyak pon tak guna beb.



Kalu korang tak nak benda ni jadi kat keluarga terdekat korang,pandai-pandai la jaga k..Kalu anak-anak g main kat taman tak salah pon kalu korang g temankan.Jangan bia main sorang-sorang..Kang ilang baru nangis air mata darah.



Bukan niat nak salahkan sapa-sapa dalam kes yang lepas.Just nak beringat je sebelum terkena..Walaupon aku ni takde anak lagi tapi aku ada adek kecik.Nak kata kecik sangat tu takde la..Sama-sama la kita beringat k.Adios..





Read more...

Tak Nampak Nuffnang



*korang nampak..aku yang tak nampak*



Tolong..Tolong..Tolong..!!Napa aku tak dapat tengok ads NUFFNANG..?Huhuu..Ada sesapa tau napa jadi camni?Bukan kat blog aku je tak nampak.Kat blog korang pon aku tak nampak jugak.Adakah aku dah dibutakan olehNUFFNANG?Tolong la ye kalu korang tau.Plz...





*Perhatian kengkawan..ni bukan masalah nuff tu TIDO ke BANGUN.Ni memang aku tak nampak langsung ads tu..walaupun dia TIDO.huhu..





Read more...

6 Pack Abs..Badan Ketol-Ketol

>> Sunday, March 14, 2010

Salam blogger..Korang tengok gambar mamat kat sebelah ni.Mesti ramai kan jantan-jantan kat luar sana yang ngidam nak body camni.Tanpa segan silu aku pon nak ngaku beb yang aku pon teringin nak dapat body camni.Ada 6 pack abs.huhuu..Tapi malang dari dulu aku usaha sikit pon tak nampak hasel.huhh..Camne la nak nampak hasel,g gym pon malas..Tido je kuat.



Teringat kat member dulu.Nak sangat body cam Fahrin Ahmad dia sanggup beli susu apa ntah yang harga ratus-ratus ringgit tu.Minum banyak mana pon kalu malas g gym bila la nak klua otot-otot tu.haishh..buat perabis duit PTPTN jek.Tapi takpe la..Dah minat punya pasal dia beli gak.Tu pon last-last dia jual balik kat junior dia.Sengkek takde duit.hahaa..Tak sempat aku nak tengok otot dia.



Persoalannya napa jantan-jantan semua nak body camni?Adakah dorang akan nampak lebih cun/sexy kalu ada body camni?Adakan body camni jadi tarikan golongan wanita?Aku pon tak tau napa..Korang je boleh jawab segala persoalan ni.



Pernah gak aku bertanya kat seorang gadis (GF gua) nak tak kalu aku ada body camni.Sepantas kilat dia jawab taknak.Haishhh..Aku tanya la balik napa tak nak.Pastu jawapan yang sedikit bernas klua kat mulut comel dia tu.Dia takot nampak lebih kerdil je kalu diri sebelah jantan body camni.Yelaa..tuan badan kecik je.Kalu diri ngan orang body camni mesti la lagi kerdil.Plek jugak..bukan besar mana pon body camtu.lain la kalu body camni..

|

|

|

|





Sebelun aku stop mengarut kat sini..Satu persoalan lagi aku nak tanya kat korang semua.Korang nak tak kalu awek korang pon teringin nak ada body camni?Kalu stakat baru nak pasang niat tu takpe la..Ni yang dah ada body camni.Apa komen korang..?







Read more...

Mandi Malam

>> Saturday, March 13, 2010

Mandi Malam..?Napa nak cerita pasal mandi malam plak ni.Saja-saja je la nak cerita..Habis modal dah nak cari cerita apa.haha..Bukan apa beb.Aku slalu gak dengar orang cakap jangan mandi malam-malam.Tak baek..Aku pon pelek jugak napa tak boleh mandi malam.Kalu tak mandi nanti aku kena kutok plak.Cakap aku ni adek bradek ngan kambing.

Aku pon mula takot pas dengar orang cakap camtu.Yelaa..aku ni kategori selalu mandi malam gak dulu.Tapi bila aku tanya napa tak baek mandi malam takde plak penjelasan dari dorang..Dorang just cakap tak baek je.So..aku tanya la kat pakcik Google.Pastu baru la tau napa dorang mati-mati cakap tak baek.

Korang nak tau napa?Mungkin jugak ramai yang dah tau.tapi takpe la..Aku kongsi je info ni kat korang.Bagi yang dah tau tu pesan la kat kengkawan lain k.Dalam banyak-banyak artikel yang aku baca semua ada kaitan mandi malam ngan penyakit paru-paru berair.Tapi ada jugak dengar cakap-cakap orang yang bagitau mandi malam ni boleh sebabkan strok.

Yang strok ni aku tak pasti la betol ke tak..Dengar cakap-cakap orang je.Dorang cakap time malam liang roma tebukak sket.So..bila mandi malam air sejuk tu akan masuk dalam badan.Bayangkan liang roma kat kulit kapla korang terbukak..Pastu air sejuk meresap kat kapla korang.Habes la otak korang yang sedia lembab tu menjadi lebih lembab.hahaa..Betol ke tak aku tak pasti.Korang pon rajin-rajin la tanya pakar..

Kategori mandi malam ni aku pon tak pasti dari jam brapa sampai jam brapa.So..lebeh baek korang mandi sebelum Maghrib.Boleh g solat terus..Sesapa yang wajib mandi tu korang mandi la wajib terus.hahaa..

Pas korang abis baca entry ni korang boleh kongsi info ngan aku kat komen box k.Yelaa..Mana la tau korang ada info lain.Aku dapat info pon dari pakcik google & cakap-cakap orang je.Ntah betol ntah tak pon aku tak tau..Salam

Kalu korang nak info lebih detail korang tanya la ngan pakar k.Pakcik google ni bukan boleh harap sangat pon.

Read more...

Bapok ohh Bapok

>> Wednesday, March 10, 2010





yehuuuu..!!salam blogger skalian.Arini nak cerita pasal BAPOK/PONDAN..Tetiba plak kan cerita pasal bapok.Kang mampos plak blog aku kena serang dek persatuan PONDAN seMAlaysia.huhuu..



Kalu aku tak terangkan pon korang paham kan golongan PONDAN nih camne.Bukan apa beb..aku rasa cam kesian plak kat golongan wanita nih.Dah la golongan lelaki kurang..Tambah plak yang laki pon nak blagak jadi pompuan.Kan pembaziran namanya tu..Kesian kat pompuan yang ramai-ramai ni jadi ANDARTU.



Nak kata aku ni ANTI-PONDAN takde la (ayat takot kena serang dek pondan).Geli sket-sket je.hahaa..Kalu yang lembut tapi nafsu JANTAN tu takpe la beb.Ni yang dah nafsu songsang ni yang wat aku geli.Pernah gak aku terskodeng golongan ni romen-romen.Siap geget-geget leher lagi.Adess..Tak geli ke beb.Aku tengok pon geli..Laki sama laki men geget-geget.Kang kena panah dek petir baru tau.



Aku tak boleh la nak bagi nisbah laki ngan pompuan kat Malaysia ni coz tak jumpa data..Tapi korang boleh tengok sendiri kan.Toleh kiri pompuan..toleh kanan pompuan.Tengok je la kat tempat korang blajar.Ramai pompuan kan..Kalu ada sorang je laki kat situ memang jadi rebutan dah walaupun tak ensem mana.Mana taknye..daripada dok single baik rembat je.



Aku rasa la kan..Golongan LESBIAN wujud pon sebab masalah kalum lelaki dah hampir pupus kat muka bumi ni.Kesian betol..So camne nak atasi masalah ni?Sanggup tak korang bermadu bagi elak daripada kaum korang jadi LESBIAN or ANDARTU?Kaum BAPOK plak..Bila lagi korang nak sedar diri?Tau tak perbuatan korang ni satu pembaziran..Membazir zuriat masa depan.Huhhhh..ceramah plak



*Gambar dari Buaya-Merah





Read more...

Boroi

>> Tuesday, March 9, 2010



"Hey bro..napa lu makin gemok?"Makk ai..sedap betol cakap.Mata juling ke apa..Aku yang keding camni pon panggil gemok.Bikin panas jek..Tu takpe,boleh ampun.Ada lagi madah-madah pujangga yang lebih menyakitkan ati,jantong,limpa,usus and lain-lain organ yang berkenaan."Ehh bro..brapa bulan dah tu.Boroi semacam gua tengok..".Huhh..rasa nak bagi je penampar gaban seDAS.Tapi gua cool..



Ni la antara kenyataan karut-marut yang terpaksa gua telan time anta report pektikel kat UUM dulu.Maklum la..5 bulan lebih tak jumpa kengkawan.Sket je perubahan kat korang pon dorang boleh prasan.Bukan KEMBANG sangat pon gua.Naik sket jek..Tapi nampak la jugak KEMBANG kat perut tu.huhuu..



Tak lama lagi gua akan jumpa balik ngan kengkawan sama blajar dulu.Time CONVO ni la last jumpa dorang ramai-ramai.Pastu takde dah.Sedeh beb..Tapi yang buat gua lagi sedeh bila fikir mesti gua kena bahan habis-habisan time tu.Huaaaaa..Mana tak nye.Gua rasa gua makin KEMBANG dah skarang ni.



Dulu gua ada 6 pack beb..Badan ketol-ketol sana sini.Skarang KEMBANG smacam jek..Kalu KEMBANG semua takpe la.Ni KEMBANG kat perot je,tempat lain tak.Mungkin gak ni balasan Tuhan kutok-kutok perut rumate gua dulu.huhuu..



korang tau tak camne nak kurangkan KEMBANG ni?gua tak mo jadi bahan lagi beb..serik gua.Kalu ada tips korang penohkan kat komen box k.Adioss..



*6 pack tu tipu jek





Read more...

Kecik Juara Raja Lawak 4

>> Monday, March 8, 2010





Yehaaa...!!Akhirnya KECIK menang jugak.hohoho..Mungkin ramai yang jangka ABANG KASIM yang menang.Tapi takpe la..Dah bukan rezeki dia kan.Dapat naib johan pon takpe la..Mungkin rezki dia bukan kat pentas tu.Mana tau pasni dapat jobs tak putus-putus.



Final kali ni nak kata gempak..takde la gempak sangat.Peserta musim ni pon ntah apa-apa lawak dorang.Jangan marah aku plak kutok-kutok nih..Aku bagi pendapat je.Peserta yang aku paling menyampah skali ZUBONG & INSAN CEMERLANG tu.Huhh..ntah apa-apa.



Nak cakap banyak pon malas..Mata ngantok lagi ni.Nak ngumpat pon tambah dosa jek.miahahaa..baek aku tido.Apa-apa pon..Tahniah KECIK.Antara peserta yang boleh wat aku gelak tiap-tiap minggu..Yang lain tu boleh wat aku tersengeh cam kerang busuk je.huhh..



Harap-harap la musim depan peserta lebih power..Boleh gak aku gelak guling-guling.Pengacara jangan tukar k ASTRO.Kalu korang tukar siap la..Tak mo bayar bil.Miahahaa.



Kalu nak komen korang komen la k..Tapi biar komen yang mengutuk la.Kutuk peserta mana yang korang rasa paling menyampah.Adios...



Read more...

Jangan Pakai Bra Lebih 12 Jam..!!

>> Sunday, March 7, 2010

Yehuuu..Gud Morning kengkawan.Arini entry serious sket..Nengok tajok tu.Tak ke serious tajok tu.Huhuu..Sebab ia ada kaitan ngan kanser payu dara.Kalu tak cukup lagi tahap keseriousan aku boleh tukar balik.Tapi tak pe la..Tajok tak penting.Isi dan perot entry ni yang penting.



Kalu ada di kalangan korang anggap entry ni kelucahan sket gua minta maaf okie.Ni sekadar info yang gua rasa nak kongsi kat korang.Seram beb dengar nama penyakit nih..Bukan leh buat main.Kalu stakat buang sebelah je boobs tu takpe.Kalu dah men ngan nyawa plak apa kata korang.



Ramai dah yang GOL (ilang nyawa) sebab penyakit nih.Kerani kat opiz aku pektikel dulu pon kena gak..Abis reput tulang dia.Kesian beb..Nasib je tak GOL.Skarang aku tak tau la situasi dia camne.Dulu Kritikal..Harap sembuh la.



Aku lupa dah aku dapat info ni dari mana..Tapi takpe la.Aku kongsi je..Kalu korang tak caya korang bleh cari maklumat lain.Tanya kat pakar ke.Nak tau apa sebab napa tak boleh pakai bra lebih 12 jam?Haa..ni Mr.Kachang nak bagitau.



Ada sebab napa tak boleh pakai lebih 12 jam beb.Bukan saja-saja or suka-suka.Ni semua sebab pakai bra lebih daripada tempoh 12 jam sehari boleh meningkatkan risiko kanser payu dara.Sebabnya bra akan memberikan tekanan kepada payu dara terutama kepada sistem limfa.Cewahhhh..Cam doktor plak.huhuu..



Nak tau lagi apa sistem limfa tu?Naa..baca nih.Sistem ini mengandungi sejenis saraf yang sangat kecil dan berfugsi untuk mengeluarkan toksin, sel debris, sel kanser, virus, bakteria dan sebagainya untuk keluar dari sistem payu dara.Walaupon camtu bra jugak penting coz ia menyokong dan mengekalkan bentuk boobs korang agar kelihatan lebih menarik,tertarik..kau memang da boom.



Ada gak golongan wanita ni ngadu tak slesa kalu tak pakai bra.Memang betol la tak selesa.Aku yang tengok pon terseksa.Huhuu..Zahir batin aku terseksa.So..Sebagai penyelesaian, elakkan memakai bra time korang tido.Ni merupakan salah satu cara nak elak risiko kena kanser payu dara.Yang lain-lain korang tanya yang pakar la k.Aku dapat info stakat ni je..





Read more...

Kawan Main Gila

>> Saturday, March 6, 2010

Salam blogger.gud mownink..!!ceriakan hari mu dengan membaca entry ku lagi.uwerkkk..Sudi ke korang nak baca dongeng aku nih.Ahakzz..Dongeng tak dongeng jugak la.Setiap entry aku bagi bukti k.Siap ada gambar lagi.Kali ni bukti Vdeo plak..Vdeo apa?korang layan je..Ni betol-betol bikin malu masyarakat.



Berbalik pada tajok entry.Wahhh..Ayat tak bleh bla ni.Ahakzz.. Aku nak story sket kenangan lama kat korang.Aku diperdajalkan oleh kawan sendiri..Mentang-mentang dia pengarah projek.Aku lak jadik bahan tuk meriahkan majlis..Malam last program tu ada wat BBQ sket..nak kata sket takde la sket jugak.300 lebih gak manusia yang datang.Boleh plak dia main gila.Panggil nama aku naek pentas.Kalu naik je takpe la beb.Ni siap suruh karaoke..Aku punye la serabai time tu pas bakar ayam.



Kalu serabai je takpe la..Ni dengan suara yang ntah apa-apa.Naseb baik dia suruh duet ngan sorang awek cun..Kalu solo memang tak bebunyi la malam tu.miahahaa..Time tengah best-best melalak layan suara yang ala-ala katak puru,kawan aku yang sama-sama bakar ayam tadi plak kena geget lipan.Agak-agak lipan tu terseksa kot dengar sora aku.huhuu..Sebab tu dia ngamok.Kesian kat member tu..



Tak mo cakap banyak,korang saksikan vdeo nih..Jangan kutok-kutok plak suara gua.Gua ada 300 peminat beb.miahahaa..





korang banding plak ngan vdeo bawah ni.Mana lagi best..??









*Walaupun dah kena bahan & diperdajalkan..aku masih nak berterima kaseh kat kawan yang memperdajalkan aku tu.Sebab dari kejadian ni la aku dapat usha awek dengan senang ati..Sebab dah pemez.Miahahaa..



Read more...

Variasi Gaya Lelaki

>> Friday, March 5, 2010

Salam blogger..!!ceriakan harimu dengan membaca entry ku.Miahaha..Entry kali ni ada kaitan ngan mimpi malam tadi.Tengah best-best tido mimpi nak kucil plak.Sana sini lari nak lepas hajat.Tapi ada jek gangguan.huhuu..Akibat tak tahan yang teramat aku pon terbangun.Nak tido balik tak boleh plak.Adoiyaii..So aku dok la ngadap tenet.Cari bahan yang ada kaitan.Last-last jumpa gak..Ni la hasel penat lelah aku mencari.Korang layan jek..





Lelaki normal :
Masuk ke toilet, sekiranya penuh, keluar dan kencing di balik pokok.



Lelaki rempit : Selalu ikut member member nya ke toilet walaupun dia tidak nak buang air kecil.



Lelaki juling : Curi2 pandang lelaki di sebelahnya ketika sedang kencing.



Lelaki pemalu : Jika merasa di lihat di intai oleh orang lain, air kencingnya tidak keluar,

tapi pura2 kencing, kemudian keluar dan kembali lagi kemudian untuk kencing sesi kedua.



Lelaki suka berangan : Membuka seluar dalam dan lalu kencing di atas seluar sendiri.



Lelaki effisien : Meskipun terasa nak kencing, tapi ditahan dulu sampai masa untuk

buang air besar, baru kemudian melakukan keduanya dalam satu waktu. Sungguh effisien.



Lelaki pemabuk : Suka kencing atas kaki sendiri.



Lelaki palsu : Kencing di toilet wanita!



Lelaki cover : Pakai seluar yang abis dikencinginya.



Lelaki serabai : Pakai seluar yang dikencinginya dulu tapi di cium dulu seluar dalamnya

kot kot sudah bertukar bau durian.



Lelaki kreatif : Kalau kencing kakinya diangkat satu…



Lelaki rambu : Suka kencing jiran tetangga



Lelaki funky : Kencing di tempat public.



Lelaki sial : Selalu kencing kawan kawannya



Lelaki kaki enjoy : Kencing sambil mengeluarkan bunyi bunyi ghairah



Lelaki jimat masa : Cuma buka zip, keluarkan anu dia pastu terus pancutt



Lelaki moody : Biasanya pakai pampers



Lelaki kurang ajar : Kencing dan di ikuti dengan kentut.



Lelaki buta huruf : Kencing di toilet yang di letakkan sign ROSAK atau Tandas Sedang Di Bersihkan.



Lelaki hiphop : Kencing sambil kejang2 breakdance



Lelaki pembenci : Kencing dah ludah kencing sendiri



Lelaki ramah : Suka ajak orang sebelah bersembang sambil kencing, tak kira sapa kat sebelah dia.



Lelaki percaya diri : Selepas kencing, anunya dibawa berjalan jalan ke sinki.



Lelaki pelupa : Selepas kencing, keluar toilet, terburu buru masuk balik sebab ada beberapa titis lagi air kencing yang tertinggal.



Lelaki dermawan : Kencing tak keluar tapi tetap bayar 20 sen.





*Naseb baek pompuan memang takde variasi..takde seni langsung la dorang ni.kalu ada gak memang aku carik dah.wakakaa...betol ke pompuan takde variasi?erkk..Kachang masih mencari..Tungguu.....









Read more...

Hutang Buku Hilang

>> Thursday, March 4, 2010



Salam genx..Arini entry tak brapa nak best sket.Takde mood nak nules yang best-best.(Padahal memang tak reti nules pon.Ahakzz..).Cam biasa..bangun pagi trus anta adek g keja..Balik baru gosok gigi.Miahahaa..pengotor tahap tenuk.Sebelum balik singgah topup enset jap.Kedit enset dah kemarau cam gurun sahara dah ni.Ada keja sket nak wat..kalu takde memang tak topup dah.Utang dulu ngan CELCOM.Celcom kan baek..



Pagi-pagi dah takde mood..Pyed ke apa si kachang ni.Bukan apa beb..Ada masalah problem sket.Beli topup tu pon semata-mata nak uruskan masalah problem ni.Huhuu..Nak kata besar takde la besar sangat masalah ni.Tapi kira besar gak la..Hutang ngan UUM tak bayar lagi.Dah la ujung bulan ni nak CONVO.Kang tak pasal-pasal aku kena halau turun pentas balik.huhuu..



Pas koling-koling ngan orang UUM,pasing sana pasing sini baru la dapat tau brapa jumlah & camne nak bayar.Tekejut badak gak beb pas dengar brapa nak kena bayar.RM600 lebih..!!Makk aii..Kat mana la aku nak cekau ni.Ni smua pasal buku library ilang la.Hampeh tol..Camne la aku nak ngayat ayah aku kali ni.Dulu aku dah mintak dah..Cakap nak bayar denda buku ilang.Duit pon dia dah bagi cukup-cukup..Tapi aku lak gatal guna duit tu joli sana joli sini.Makan kat Kuala Perlis la..Nengok wayang laa.Kan dah naya..



Agak-agak tabung NUFFNANG aku dah boleh korek tak genx..??hahaa..banyak mana je la dapat kat situ.Korang pon bukan slalu singgah kat blog aku ni.huhuu..Pening..pening..pening.Nak pinjam kat along takot dorang tangkap gambar bogel aku plak.Nak wat bahan kalu aku tak bayar balik nanti.Tak mo la aku..Baek aku cari idea ngayat ayah aku.miahahaa..



ok la genx..aku nak pikir ayat sempoi jap.Mana tau ayah aku tak banyak tanya pas dengar ayat romantis aku.wakakaa..adioss





Read more...

Gadis Ayu Berbulu Ketiak

>> Wednesday, March 3, 2010

Salam blogger..!!Gud munink.Ahakzz..Apa punya tajok la kali ni si kachang nak cerita.Pelek-pelek je..Gadis ayu berbulu ketiak.Uwerkkk...Takde tajok lain ke si kachang ni nak pilih.Apa-apa pon korang layan je..Ni kesah benar beb.Takde yang benar selain yang benar-benar belaka.



Waktu kejadian area kul 8.30 pagi..Cam biasa pagi-pagi aku kena anta adek gi kerja.Maklumla..aku kan SUPIR (driver) kat umah ni.Sementara nak dapat keja elok aku jadi supir je dulu.Makan elaun bulan-bulan dari ayah aku.hahaa..Alang-alang dah klua tu aku singgah la kedai..Beli menda sket tuk bekpez jap lagi.MAGGI kari & susu MAGNOLIA je.Slera orang bujang..



Mesti korang tertanya-tanya..apa plak kaitan jadi supir,beli MAGGI and bla..bla..bla ngan GADIZ AYU BERBULU KETIAK kan.Haa..ni nak story sket kat korang.Aku slalu sangat dah jumpa menda pelek camni.Bukan bermaksud aku suka skodeng k..Kes tak sngaja jek.Ahakzz..



Time kat kedai tu ada la sorang minah ni.Cun gak la..Sedikit cekci ngan baju tak berlengan.Dia nak beli roti..roti apa tu aku tak ingat dah.Kesian plak aku nengok dia tlompat-lompat,tjengkek-jengkek nak amik roti tu.Yang tauke kedai ni letak tinggi-tinggi lak watpe..Ksian je nengok minah comel ni.



Dalam usaha beliau untuk mendapatkan roti beliau tu la aku ternampak kejadian aneh ni.Aku ingatkan rambutnye yang chantekk..tapi sangkaan ku silap belaka.Tu adalah bulu ketiaknya yang halus.huhuu..Muka cun tapi berbulu ketiak.Merosakkan pemandangan jek..Disebabkan aku ni jantan yang berhati mulia,aku nengok je la gelagat minah tu.Hahaa..Nak tolong nanti takot aku tergelak plak depan muka dia.



Kalu nak cerita kesah lain takot panjang sangat plak nak tules..Yang pastinya ni bukan kali pertama aku nengok kejadian aneh ni.Huhuu..Korang pernah tak?plek kan..nak pakai cekci tapi bulu ketayak tak buang.Buang la sket bagi kemas..Kalu bulu kaki boleh buang napa bukan bulu ketiyak.Komen sket para GADIZ yang baca entry ni.Hahaa..Jangan malu jangan segan.





Read more...

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP